Apa sebenar berlaku pada 11 September 2012

Sebagai dilaporkan melalui akhbar bertulis dan akhbar elictronic(TV, Website, Blogger dan sebagainya), bahawa pada 11 Sept yang lepas peristiwa berlaku, bahasa sebanyak 93 orang angota pemisah Patani dari gerakan BRNc

yang diketui oleh Wan Ali copter yang mempunyai harga tubuhnya sebayak satu juta bath menyerah diri kepada pihak berkuasa Thailand yang dilakonkan oleh Pelakon utama Lt.Gen. Udomchai Thammasirorat penglima Division 4 dan disusuli dengan pelakon upahan dari kumpulan party Prachatham dan diatur lakonkan di bangunan majlis agama Islam wilayah Narathiwat dan lakonan ini katanya akan dipersembahkan sekali lagi dihadapan rumbungan OIC yang akan menziarahi Thailand tidak beberapa hari lagi. Tetapi hairan sekali, dimana beradanya pelakon pelakon utama yang lain seperti Gabenor gabenor wilayah dan yang paling anih sekali dimana beradanya pengurusi pusat pentadbiran wilayah sempadan selatan(SPBAC) Thawee Sodsong???.Eh nampaknya kelucuan sekali dan kerentakan dikalangan mereka teramat sangat, tentera dengan caranya sendiri SBPAC pula dengan caranya sendiri merebut rebutkan publisiti dan budget yang amat besar itu.

Walaubagaimanapun nampaknya pihak berkuasaThailand termasuk ketua angkatan tentera daratnya iaitu Gen. Prayuth Chan-Ocha dan timbalan perdana menteri Gen. Yutthasak Sasiprapa cukup gembira dan cukup memuas hati keatas peristiwa ini dan lantas suaranya mempertahan kebenarannya sehingga Gen. Yutthasak begitu marah kepada para academic dan laman website ambra news yang cuba memperlekehkan lakonan itu, dan sekaligus juga mereka merasakan seolah olah conflict berdarah di Patani darussalam menghampiri masa penghujungnya.

Tetapi rasa dukacita juga kita apa bila sedikit saja ugutan dari Gen. Yutthasak terhadap ambranews yang sudah bermula bagi kepercayaan kepada pembaca dan ummah, lantas menggeluarkan kenyataan yang bersifat pengecut dan takut dengan mengisytiharkan bahawa, Ambranews Bukan Website Menentang Kerajaan Thai(Cuba baca article yang keluar pada 14/Sept). Ini mengigatkankan kita sekali lagi sejarah lama yang berlaku kepada seorang tokoh politik tempatan yang berhubung rapat silsilahnya dengan Assyahid Tuan Guru Haji Sulung mana beliau dengan lantang minta menjujung Al-Quran demi menafikan hubung kait beliau dengan pihak gerakan pemisah setelah agin agin meniup menuduhkan beliau oleh pihak kerajaan Thai. Harap berlapang dada dan anggapkanlah saja ini sebagai kritikkan membina. Tapi Alhamdulilah setakat ini kumpulan acdemic masih belum bergunjang.

Sebelum kita pergi kepada issu sebenar, ingin kita menyoalkan kepada pelakon pelakon semua, andai kita katakan penyerahan ini memang berlaku, adakah anda percaya bahawa perjuangan Patani akan lenyap begitu saja dan conflikt sudah selesai? Takkah penyerahan ini tidak berlaku di masa masa yang lepas? Teryatanya sekali bahawa dengan peyerahan, tangkapan dan pembunuhan itu bukan ubat untuk menyelesaikan conflikt secara berkekalan.

Kembali kepada issu asal, mengikut laporan yang kita dapat dari sumbir dalam lagi sohih katanya, Pada tanggal 11/9/2012 diadakan oleh satu party politik siam PRAKCHATHAM upacara majlis yang diberinama Majlis Rundingan diantara anggota gerakan RKK yang menyerah diri dengan pihak Penglima tentera darat bahagian 4 majlis ini bertempat di bangunan majlis agama islam wilayah Naratiwat sedangkan kebanyakan ahli jawatan kuasa majlis di beritahu sebelum itu akan diadakan majlis perjumpaan ahli anggota party prakchatham .

Seramai 93 orang lebih dari anggota party prakchatham yang hadir pada hari tersebut dengan jemputan oleh yang bertanggong jawab dalam party itu untuk datang mendengar dasar dari pihak tentera yang ada hubung kait dengan keamanan dan keselamatan mereka dari hukuman –hukuman undang darurat keatas mereka . tapi apabila di istiharkan dalam berita terjadi cerita lain .

Cadangan ini disediakan oleh ketua tentera bahagian 4 ( udomchai )dan pengurusi Party prakchatham Mukhtar Sikacik dan bekas seorang pejuang Patani Wae ali cofter .

Siapa mereka ?!

1- Ialah mereka pernah memberi sokongan kepada pihak gerakan dan bukan Dari anggota party , atau meraka ini berjuang hanya sebagai ikut pakatan ramai dan tidak paham pengertian metalamat perjuangan yang sebenar .

2- Gulungan ini juga terdiri dari kebanyakan orang-orang yang mencarai kesempatan hidup /kepentingan diri sendiri , kerana kita boleh kenal mereka semasa mengundi pada pilihan raya yng lalu , kebanyakan mereka dari huana khanaeng (หัวคะแนน ) party tersebut .

3- Ada juga dari kalangan 93 orang itu yang pernah terutang budi dengan Ajk party yang pernah menulong mereka dari blacklist dan warang tangkap ,

4- Majlis itu adalah satu tunjukan sandiwara kepada masyarakat Siam khasnya dan amnya kepada mata-mata dunia bahawa semua dasar yng sedang dijalankan adalah berkesan dan tidak menyalahi dengan peraturan undang-undang antara bangsa .

5- Majlis itu merupakan satu tindak balas pelsu diatas tunjukan kekuatan yang dilaksanakan oleh pihak gerakan pada 31/8/2012 baru-baru ini dengan cara menaikan bendera Malaysia di semua kawasan Patani .Tindak balas pelsu dari pihak siam seperti ini selalu dibuat apabila ada apa-apa tindakan besar dari pihak gerakan .

6- Lakonan ini boleh memalukan Udomchai sekali pula , sbb semua jumlah 93 orang yng hadir itu bukanya pejuang Cuma pelakon makan upah harga murah , dan dunia semua akan tahu apa hakikat sebenar dihari terdekat ini insyaallah. .

DR Patani Merdeka News

About Patani Merdeka
We are one of those organizations who work for humanitarian assistance for the Patani inhabitants not being part of the government but as a private organization, we would be welcoming any news, articles, comments, and video footages regarding Patani region of the Southern Thailand to be published for the purpose to aware the global community in this website

One Response to Apa sebenar berlaku pada 11 September 2012

  1. Abu Usamah says:

    เหนือฟ้ายังมีฟ้า

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: